4 Sebab Kenapa Perlu Beli Rumah Projek/Baru.

  • by perundinghartanahjohor
  • 7 months ago
  • 1

4 Sebab Kenapa Perlu Beli Rumah Projek/Baru.

Kebanyakkan rakyat Malaysia khususnya golongan muda, jika diberi pilihan  untuk memilih sama ada rumah undercon atau subsale, jawapannya pasti berbeza-beza. Ada yang nak beli rumah undercon sebab kos kemasukan yang rendah dan ada pulak yang lebih suka memilih rumah baru berbanding rumah subsale.

Ada juga yang inginkan rumah subsale gara-gara lokasi rumah yang dah matured dengan kemudahan asas dan tawaran harga yang kompetitif. Tetapi, trend pemilikan hartanah pada tahun 2020 yang lalu menunjukkan sebenarnya lebih ramai rakyat Malaysia yang membeli rumah undercon berbanding subsales. Buktinya dalam Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang lalu telah berjaya menjual lebih 28,000 unit kediaman baharu bernilai RM21 bilion setakat bulan November 2020 sahaja.

Jumlah ini RM18 bilion lebih tinggi berbanding sasaran jualan asal iaitu RM3 bilion sebulan sebelum Kempen Pemilikan Rumah (HOC) berakhir!

Apa logiknya?

Kenapa ini terjadi?

Sebelum itu, kita perlu faham yang rumah undercon adalah produk dari pemaju hartanah (developer). Kebanyakkan pemaju hartanah ini akan menawarkan tawaran yang menarik contohnya seperti :

  • Percuma yuran guaman
  • Rebate atas harga jualan
  • Cashback
  • Booking fee yang rendah

Namun situasi ini berbeza untuk rumah subsale @ rumah sekunder. Seseorang pembeli itu perlu kos menanggung kemasukan yang agak tinggi. Untuk golongan B40 dengan pendapatan bulanan RM2,000 yang tinggal di Johor bahru, kebanyakannya hanya mampu tengok saja harga rumah. Pembeli perlu menyediakan kos permulaan sekurang-kurangnya sebanyak 15% tunai dari harga jualan rumah yang ingin dibeli. Untuk rumah Teres 1 tingkat di Permas Jaya di berharga RM350,000, pembeli perlu menyediakan RM52,500.

 Jom kita tengok 4 faktor kenapa ramai orang beli rumah baru berbanding rumah subsale:

1. Bayaran Earnest Deposit

 Dalam pembelian rumah subsale, pembayaran Earnest Deposit merupakan proses awal yang perlu dilalui oleh seseorang pembeli rumah sebelum booking. Disini mereka wajib membayar earnest deposit 3.18% daripada harga jualan rumah. Untuk rumah teres 1 tingkat di area Permas Jaya berharga RM350,000, sebanyak RM11,300 harus dikeluarkan dan baki 6.82% (RM23,870) perlu diselesaikan semasa menandatangani Sales Purchase Agreement (SPA).

2. Kos Guaman (Legal Fee)

Selain Earnest Deposit, pembeli juga perlu membayar legal fee atau yuran guaman mengikut kiraan yang telah ditetapkan. Ianya bergantung kepada harga rumah dan anggaran kasar adalah disekitar 3.5%-4% daripada harga jualan rumah. Untuk rumah teres 1 tingkat di Permas Jaya yang berharga RM350,000, pembeli perlu menyediakan kos guaman dalam anggaran RM14,000.

3. Valuation Fee Report

Laporan Penilaian Hartanah (valuation report) akan dijalankan oleh penilai hartanah bertauliah yang berdaftar dalam menetapkan harga/nilai semasa sesebuah rumah yang dibeli. Anggaran kasar untuk valuation fee adalah 1% atau kurang daripada harga rumah tersebut.

4. Proses Pindah Milik

Siapa yang mempunyai pengalaman membeli rumah subsale pasti tahu yang prosesnya memakan masa di antara 3 bulan hingga 6 bulan. Namun ia boleh jadi lebih lama lagi bergantung kepada sekiranya rumah tersebut :

  • Mempunyai kaveat
  • Pemaju muflis
  • Rumah masih belum perfection
  • Rumah jenis kos rendah
  • Geran tidak sempurna
  • Kematian Pemilik Hartanah (Pusaka)

Antara sebab lain yang menyebabkan ramai orang beli rumah baru berbanding rumah subsale adalah kerana berlakunya lambakan pilihan dalam pasaran undercon lebih-lebih bagi projek undercon yang telah siap dan tidak dibeli selepas tempoh 9 bulan. Selain itu, wujud rangsangan oleh pihak kerajaan menerusi Kempen Pemilikan Rumah(HOC),Skim Perumahan Belia, Skim Rumah PertamaKu dan Skim MyDeposit.

 

Jual Beli Rumah

 

Akan tetapi, ini tidak bermakna hartanah undercon tiada cacat cela dan risikonya. Pembeli juga perlu membuat sedikit kajian tentang latar belakang sesebuah pemaju hartanah bagi menggelakkan pembelian rumah dengan pemaju yang mempunyai track record yang tidak baik.

Dengan keadaan Malaysia hari ini ibarat susah jatuh ditimpa tangga, dilanda kemelesetan ekonomi dan pandemik COVID-19, pasaran hartanah berada dalam keadaan trend yang sangat perlahan.

Dalam situasi ini kebanyakkan pemaju dijangka akan mewujudkan pakej-pakej tertentu bagi menarik pembeli atau pelabur hartanah.

Dalam masa yang sama, Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah beberapa kali menurunkan kadar OPR (Overnight Policy Rate), bagi memastikan kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank berada di paras yang sangat rendah. Ini sedeikit

Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada mereka yang baru berjinak-jinak nak mula beli rumah undercon.  Buatlah kajian yang teliti dari semua aspek sebelum membuat keputusan pembelian sesebuah hartanah bagi mengelakkan pelbagai risiko yang tidak diingini dikemudian hari.

Join The Discussion

Compare listings

Compare