Cara Nak Jual Rumah Selepas Bercerai

  • by perundinghartanahjohor
  • 2 months ago
  • 1

Salah satu perkara yang perlu diselesaikan oleh pasangan yang baru sahaja melalui proses perceraian ialah status hakmilik rumah.

Jika Ianya tidak diambil peduli, Ianya boleh menimbulkan pelbagai kemungkinan-kemungkinan yang tidak diingini pada masa akan datang jika tidak diselesaikan dengan baik.  Jadi, cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan menjualkan rumah tersebut dan seterusnya hasil jualan rumah bolehlah dibahagikan sesama mereka.

Disini saya ingin kongsikan sedikit panduan untuk mereka yang ingin menjual rumah apabila bercerai. Semoga Ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda di luar sana. Namun anda digalakkan juga untuk mendapatkan nasihat peguam syariah terlebih dahulu.

Proses, Panduan, Jual, Rumah, Bercerai

1. Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian terlebih dahulu.

Tuntutan harta sepencarian boleh dilakukan oleh suami atau isteri selepas penceraian. Harta sepencarian bermaksud sesuatu harta yang telah diperoleh oleh suami dan isteri sepanjang tempoh perkahwinan berdasarkan syarat-syarat tertentu mengikut Hukum Syarak. Cara ini sememangnya dapat membantu suami isteri yang mempunyai masalah terdapat satu nama sahaja di geran.

Antara persoalan yang akan bermain difikiran ialah “Adakah aku boleh menuntut harta sepencarian sedangkan tiada nama di geran?”. “Selama ini, aku sahaja yang membayar rumah bulanan, adakah ada keadilan untuk aku?”. “Aku hanya suri rumah sahaja dan tidak pernah bantu dalam bayaran bulanan, tetapi bolehkah aku menuntut rumah ini sebagai harta sepencarian?”.

Persoalan di atas tidak perlu difikirkan lagi selepas membuat tuntutan harta sepencarian kerana hakim yang arif akan memerintahkan cara pembahagian harta yang sesuai kepada suami dan isteri. Setelah proses tuntutan harta sepencarian selesai, jual beli rumah boleh dilakukan. Sila klik di sini untuk mengetahui cara jual rumah yang betul.

 

2. Menjual rumah tanpa melalui mahkamah

Mesti ada yang tertanya-tanya, adakah mereka boleh menjual rumah tanpa membuat tuntutan harta sepencarian dan pihak mahkamah? YA, boleh. Tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan sebelum anda menjual rumah. Perkara ini nampak mudah, tetapi jika tidak diambil berat ia akan menimbulkan risiko-risiko lain di kemudian hari.

 

3. Menghubungi bekas pasangan serta beri komitmen

Hal ini sangat penting kerana jual beli tidak dapat dilakukan tanpa bekas pasangan anda. Sekiranya pasangan anda sukar untuk dihubungi atau tidak dapat dikesan, anda boleh menuntut hal ini di mahkamah. Proses ini mungkin memakan masa yang lama, tetapi ia dapat membantu anda dalam penjualan rumah.

Selain itu, anda dan bekas pasangan perlulah memberikan sepenuh komitmen dari mula hingga akhir. Jika pihak peguam memanggil untuk menandatangani perjanjian jual beli, anda perlulah turut dan hadir. Jika tidak, ia akan menyebabkan proses jual beli menjadi panjang dan mungkin akan terbatal sekali gus anda telah menyusahkan banyak pihak sepanjang tempoh jual beli.

 

4. Bersetuju dengan harga jualan dan pembahagian hasil jualan

Capai kata sepakat dalam harga jualan. Sekiranya salah seorang dari pasangan tidak bersetuju dengan harga jualan, maka proses jual beli tidak dapat diteruskan. Hal ini akan menyusahkan banyak pihak terutama pembeli yang telah bersusah payah menyediakan deposit dan dokumen-dokumen bagi urusan jual beli.

 

Selain itu, anda dan bekas pasangan perlu lah jelas dalam pembahagian hasil jualan.   Jika terdapat dua nama, hasil jualan perlu dibahagi sama rata iaitu 50:50. Selagi tiada persetujuan daripada kedua belah pihak, peguam tidak boleh meneruskan proses jual beli. Manakala bagi rumah yang mempunyai satu penama sahaja, hasil jualan boleh diberikan sepenuhnya kepada penama. Akan tetapi, penama boleh mendrafkan perjanjian dengan peguam jual beli jika hendak memberi sebahagian hasil jualan kepada bekas pasangan

 

Sekian sahaja daripada saya. Diharap artikel ini dapat membantu anda yang mempunyai masalah sama dalam jual beli rumah. Terima kasih

Join The Discussion

Compare listings

Compare