5 Tips Nak Jual Rumah Cepat

  • by perundinghartanahjohor
  • 2 months ago
  • 1

Secara umumnya kebanyakan pemilik-pemilik rumah terutamanya dari kalangan mereka yang memiliki lebih daripada sebuah rumah pasti mempunyai perancangan untuk menjual rumah.

Pastinya apabila berhajat nak jual rumah perkara yang pertama terlintas difikiran ialah nak pastikan rumah terjual dengan kadar yang segera atau dengan kata lain nak cepat jual kan.

Disini saya nak kongsikan berberapa cara atau tips macam mana nak pastikan jual rumah cepat dalam kadar yang segera. Semua tips yang akan saya kongsikan ini kebanyakkan diambil dari kalangan agen hartanah & perunding hartanah berdaftar yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang hartanah berpuluh tahun.

Kebanyakan mereka ini juga telah menjual berpuluh & beratus buah rumah serta sangat arif dengan segala permasalahan serta selok belok dalam penjualan rumah supaya rumah dapat dijual cepat dalam tempoh yang dikehendaki oleh pemilik rumah.

 

NAK JUAL RUMAH CEPAT TAPI BERAPA LAMA?

Untuk makluman anda, proses untuk mendapatkan tunai selepas jual rumah mengambil masal yang agak lama iaitu dalam tempoh 3 bulan (paling cepat) da nada kes-kes tertentu yang mengambil masa yang lebih lama iaitu 1 tahun. Itu belum lagi dicampur dengan tempoh masa yang diperlukan untuk mencari pembeli lagi & juga tempoh pembeli mendapatkan kelulusan pinjaman rumah dengan pihak bank.

Contohnya macam ni, jika tempoh masa untuk anda dapatkan pembeli 6 bulan kemudian ditambah lagi dengan proses pembeli mendapatkan kelulusan pinjaman bank 1 bulan dan kemudiannya  tempoh proses pindah milik yang mengambil masa 4 bulan (contoh) selepas Perjanjian Jual Beli ditandatangani. Maka tempoh masa  keseluruhan untuk anda sebagai pemilik rumah (penjual) mendapatkan tunai hasul jualan rumah anda mengambil masa 11 bulan iaitu hampir setahun lamanya. Lama bukan ? Kalau anda tambah dengan tempoh anda mencari pembeli lagi, dah berapa lama?

Macam ni la.. contohnya, anda perlukan duit untuk beli rumah baru. Anda mencari pembeli merata tempat dan akhirnya berjaya dapat pembeli selepas 6 bulan.  Anda hanya dapat deposit 10% lagi 90% anda dapat 6 bulan kemudian setelah pembeli dapat kunci. Jumlah keseluruhan adalah setahun anda tunggu baru dapat duit. Tapi kalau anda guna tips ini, mungkin dapat kurangkan tempoh masa cari pembeli tu.

 

Jadi apakah dia tips-tips nak pastikan rumah cepat jual?”

 

Ada 6 tips yang akan saya kongsikan disini :

 

1) PANDANGAN PERTAMA @ FIRST IMPRESION 

“Pandangan pertama” atau First impression memainkan peranan yang sangat penting kepada mood pembeli itu sendiri yang biasanya akan mempengaruhi keputusan pembeli yang melihat iklan rumah anda sama ada beminat nak datang view rumah atau tidak.

Kekemasan & kecantikan rumah memainkan peranan utama kepada first impression pembeli. Jadi, untuk menarik perhatian pembeli amat digalakkan anda untuk mengeluarkan sedikit modal terutamanya kos modal bagi kekemasan cat agar keadaan rumah nampak cantik dimata pembeli.

Bila rumah dah cantik, barulah pembeli berminat nak datang tengok rumah dan seterusnya mempengaruhi pembeli dalam membuat keputusan nak beli rumah anda.

 

2) KAJIAN PASARAN

Dalam bab ni kena kerja lebih sikit dimana anda kena tau keadaan semasa pasaran hartanah dikawasan perumahan anda iaitu berapa banyak penjual rumah yang sama dengan rumah anda & berapa harga rumah yang sedang mereka jual supaya harga jualan rumah anda kompetetif dipasaran.

Disini anda boleh tau kuasa beli pasaran dikawasan anda (supply & demand). Jika ramai pesaing, mungkin ada kesukaran sikit untuk memastikan rumah anda terjual dengan cepat kerana anda terpaksa bersaing dari segi harga dengan mereka. Jadi, dalam situasi ini anda kena betul-betul teliti sebelum nak tentukan berapa harga jual. Senang cerita anda tak boleh nak demand harga sangat. Jika nak juga mungkin anda akan terdedah kepada risiko rumah lambat jual.

Selain tu, anda boleh juga upah valuer untuk semak harga pasaran rumah anda. Cuma part ni anda kena keluar sedikit modal bayaran fee untuk “laporan penilaian hartanah” kepada valuer.

 

3) PENGIKLANAN

Medium pengiklanan merupakan platform utama untuk memasarkan sesebuah rumah bagi mencari pembeli.

Ada 2 jenis platform pengiklanan iaitu Online & Offline.

Pada masa sekarang, boleh dikatakan hampir semua rumah yang nak dijual akan diiklankan secara online sesuai dengan peredaran zaman. Ada medium iklan online yang berbayar & yang free pun ada. Cuma bila berbayar ni lain sikit dari segi potensi iklan tu nak dapat pembeli. Impaknya lebih tinggi berbanding medium iklan yang free.

Untuk platform iklan online yang free, anda boleh buat posting di wall facebook anda atau akaun instagram anda. Bab ni anada nak kena aktif sikit.. kena selalu buat posting supaya kenalan anda tau yang anda nak jual rumah. Kalau boleh hari-hari buat posting agar lebih ramai rakan kenalan anda tau. Mana la tau kot-kot kebetulan ada kenalan anda yang sedang nak cari rumah untuk dibeli.

Selain tu anda boleh juga buat iklan rumah kat portal-portal website hartanah seperti dibawah :

  1. mudah.my
  2. propertyguru
  3. i-property
  4. The Edge
  5. Propwall

Portal ni ada yang free & ada yang berbayar. Bezanya yang berbayar ni iklannya lebih berkualiti. Kebanyakkan agen hartanah menggunakan portal iklan berbayar untuk pastikan rumah dapat cepat jual berbanding portal iklan yang free. Malah ada sesetengah agen hartanah yang spend ribuan ringgit setiap bulan semata2 untuk iklan sahaja. So mana-mana pemilik rumah yang guna khidmat mereka ni tak perlu susah-susah nak keluarkan modal untuk iklan.

 

4) MENYUSUN STRATEGI

Nak jual rumah ni kena ada strategi, tak boleh main suka-suka je asal boleh. Stategi yang disusun perlu jelas, teliti dan teratur. Pertamanya anda perlu setkan tempoh masa untuk berapa lama anda nak jual rumah anda.. sebulan, 2 bulan, 3 bulan ? Anda perlu tentukan sesuai dengan  perancacan tujuan anda jual rumah.

Contohnya, jika pesaing anda letakkan harga jualan RM300,000 Pesaing-pesaing anda kebanyakan letak harga RM280,000. Anda pun letak harga yang sama dan tetapkan harga minimum anda. Sebab akan ada pembeli yang datang offer pelik-pelik. Kalau belum dapat pembeli, anda kena review tips 3 anda.

Kalau ada pembeli dah datang tengok, lebih 5 orang tapi takda yang berkenan. Tengok tips 1, mungkin ada yang terlepas pandang. Kena buat sesuatu yang boleh menarik perhatian pembeli semasa dia tengok rumah anda.

Kalau ada pembeli datang dan offer harga yang rendah, tengok kepada tips 2. Kalau anda ada banyak pesaing, dan harga yang ditawarkan masih memberi anda untung, terima la offer tu. Kalau merugikan anda, terpaksa tolak. Tapi kalau pesaing kurang, anda boleh stay dengan harga anda.

Untuk kes yang takda pesaing langsung, selalunya di kawasan low demand. Yang ini anda kena main harga untuk tarik pembeli. Jika bulan pertama anda letak RM280,000 tiada pembeli yang datang, bulan kedua anda perlu kurangkan sedikit, dan begitu juga untuk bulan ketiga, sehingga anda dah kurangkan sampai harga minimum yang anda tetapkan.

 

5) GUNA KHIDMAT PERUNDING HARTANAH BERDAFTAR

Ini merupakan kaedah yang paling memudahkan anda & boleh menjadikan rumah anda cepat jual. Ini sangat digalakkan untuk mereka yang tiada masa, kurang atau tiada pengalaman langsung jual rumah & pertama kali nak menjual rumah.

Tahukah anda, kebanyakkan perunding hartanah atau agen hartanah mempunyai kepakaran bermula dari urusan khidmat nasihat, marketing, modal iklan, networking yang luas dipasaran.

Ada dikalangan mereka yang biasanya mempunyai senarai prospek pembeli & boleh jadi pada ada dari kalangan senarai prospek mereka itu sedang mencari rumah untuk dibeli dikawasan rumah anda.

Tambahan pula dengan rangkaian networking yang luas, ia akan dapat memastikan rumah anda terjual dengan cepat.

Disini anda sebagai pemilik hartanah boleh buat lantikan agent seberapa ramai yang anda mahu untuk menjual rumah anda melalui lantikan general. Ini bagi memastikan rumah anda diiklankan oleh ramai agen asalkan anda mampu luangkan masa monitor setiap orang agen yang anda lantik akan status pengiklanan rumah anda.

Namun ada lagi satu jenis lantikan iaitu Lantikan Esklusif. Tapi pa pula kelebihnnya berbanding lantikan diatas tadi ?

Kelebihannya ialah agen tadi akan memberi fokus yang paling tinggi & special untuk pengiklanan rumah anda. Ini kerana anda telah memberi title ekslusif agent kepada mereka.

Bagi memastikan rumah anda dapat dijual dengan cepat, mereka akan kongsikan listing rumah yang nak dijual (lantikan esklusif) di group-group agent hartanah seperti di channel Telegram & Group whatsapp. Contonhya seperti kami sendiri di Johor, kami mempunyai satu group perunding hartanah “Muslim Group Negotiator” yang disertai lebih 2,300 perunding hartanah berdaftar. Bayangankan jika rumah yang nak dijual itu dikongsikan dalam group tersebut. Berapa banyak agen-agen yang akan iklankan rumah anda nanti. Jika diambil 5% je pun dah hampir 100 agen yang berpotensi untuk iklankan rumah anda. Mudah bukan… tak perlu anda pening kepala fikir pasal modal iklan. Serahkan sahaja pada mereka.

Jadi, jika anda benar-benar serius nak jual rumah cepat, anda boleh cuba prtaktis semua tips-tips yang saya kongsikan diatas. Mudah-mudahan ia dapat membantu anda. Inshaallah.

Akhir sekali, jika anda ingin kami bantu anda mendapatkan pembeli atau buyer rumah anda dengan kadar yang segera sesuai dengan harga yang anda ingini boleh terus lengkapkan borang online ini. Kami bantu.

JUAL RUMAH, BELI RUMAH, PERUNDING HARTANAH, AGEN HARTANAH

 

Join The Discussion

Compare listings

Compare