Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT/RGPT)

  • by perundinghartanahjohor
  • 5 months ago
  • 1
Cukai, keuntungan, harta, tranah, RPGT, CKHT

Akta Keuntungan Cukai Harta Tanah 1976 telah diperkenalkan bagi mengganti Akta Cukai Spekulasi Tanah 1974, pada 7 November 1975. Akta-akta ini diperkenalkan untuk menyekat aktiviti spekulasi harta tanah.

Menerusi Akta Keuntungan Cukai Harta Tanah 1976, Lembaga Hasil Dalam Negeri telah mentadbir Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan telah berkuat kuasa sehingga hari ini.

 

Apakah CKHT?

Apakah CKHT? Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) adalah cukai yang dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah (rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan lain-lain).

Secara mudahnya sekiranya anda membeli rumah dengan harga RM100,000 pada tahun 2000 dan ingin menjualnya dengan harga RM500,000 pada tahun 2020, maka keuntungan yang penjual dapat akan dikenakan kadar cukai sebanyak 5% kerana hartanah telah dibeli dalam tempoh melebihi 5 tahun.

 

Kadar Cukai Yang Dikenakan

Berikut merupakan kadar cukai ang dikenakan terhadap syarikat dan juga individu yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020.

cukai keuntungan harta tanah (ckht)

Bagi individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap pula mempunyai kadar cukai yang berbeza seperti di bawah

cukai keuntungan harta tanah (ckht)

 

Contoh Pengiraan Cukai

Zamarul telah membeli rumah pada 5 November 2008 dengan harga RM270,000 dan menjual rumah tersebut pada 23 November 2011 pada harga RM350,000. Kadar cukai akan dikenakan sebanyak 20% kerana tempoh pegangan harta tanah adalah 3 tahun. Berikut merupakan formula bagi pengiraan CKHT:


Harga Pelupusan RM350,000
Harga perolehan RM270,000
Keuntungan daripada pelupusan RM80,000  (RM350,000 – RM270,000)

Keuntungan pengecualian: 
(80,000 x 20%) – ( 80,000 x 5%) X 80,000 = 60,000
(80,000 x 20%)

Keuntungan yang dikenakan cukai : 
80,000-60,000 = 20,000
Cukai yang dikenakan: 20,000 x 20% = 4,000

Nota: 
Kadar cukai secara efektif dikenakan pada kadar 5% ke atas keuntungan pelupusan aset (80,000 x 5% = 4,000).

 

Ok saya dah kongsikan serba sedikit tentang Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang perlu anda ambil tahu sebelum menjual rumah. Semoga penulisan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua dan jangan lupa bayar cukai ya!

Join The Discussion

Compare listings

Compare