7 Cara Jual Rumah Di Johor

  • by perundinghartanahjohor
  • 5 months ago
  • 1

Ramai antara kita yang mempunyai rumah dan berhasrat untuk menjual rumah tersebut atas sebab-sebab tertentu. Ada yang nak berhijrah balik ke kampung atau bertukar tempat kerja di negeri lain. Penjualan rumah melibatkan banyak pihak yang mana ramai antara kita tidak arif untuk menguruskannya. Jadi ini kami tunjukkan CARA JUAL RUMAH DI JOHOR.

 

BAGAIMANA CARA JUAL RUMAH DI JOHOR?

 

STEP 1 : KAJI DAN SEMAK HARGA RUMAH

STEP 1 : KAJI DAN SEMAK HARGA RUMAH

Anda perlu kaji dan semak harga rumah anda sebelum menjual. Saya pasti ramai yang ingin menjual rumah dengan mendapatkan keuntungan yang tinggi, tetapi pada masa yang sama mengharapkan rumah tersebut cepat terjual.

Jadi perkara pertama yang anda perlu buat adalah kaji harga pasaran di Johor bagi mengelakkan risiko penetapan harga yang salah. Adakah anda mahu mengalami kerugian tatkala harga pasaran di kawasan rumah anda tinggi? Atau anda ingin mengalami kesukaran dalam penjualan rumah?

Selain itu, anda juga perlu membuat semakan harga rumah anda. Untuk semakan harga rumah secara percuma, anda boleh klik di sini.

 

STEP 2: LANTIK PERUNDING HARTANAH BERDAFTAR DAN PEGUAM BERTAULIAH

Seterusnya anda perlu melantik seorang ejen hartanah atau perunding hartanah bagi membantu anda menguruskan segala proses jual beli seperti mengiklankan rumah anda untuk dijual, berjumpa berunding dan dengan pembeli, serta memastikan segala aktiviti jual beli berjalan dengan baik. Ejen hartanah atau perunding hartanah perlulah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah Dan Pengurus Harga (LPPEH).

Lantikan peguam pula diperlukan bagi membantu anda untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang, terutamanya bagi perjanjian jual beli.

 

STEP 3: PASTIKAN KEADAAN RUMAH TERATUR DAN BERSIH UNTUK DI IKLANKAN

STEP 3: PASTIKAN KEADAAN RUMAH TERATUR DAN BERSIH UNTUK DI IKLANKAN

Kebersihan merupakan faktor paling penting bagi menarik hati pembeli. Dari mata turun ke hati. Siapa yang tidak suka dengan suasana yang kondusif dan keadaan yang teratur bukan?

Selain itu, anda perlulah lengkapkan kemudahan asas seperti lampu, paip air, dapur, dan lain-lain. Saya pasti ia dapat menjadi nilai tambah untuk menyuntik hati pembeli untuk memiliki rumah tersebut.

Bagi periklanan pula, pastikan anda mempunyai gambar yang menarik. Pastikan gambar rumah dan keadaan rumah semasa sama ya! Nanti pembeli datang nak lihat rumah rasa tertipu pula kalau keadaan rumah tidak sama.

 

STEP 4: BERSEDIA MENERIMA KEHADIRAN BAKAL PEMBELI

Ya, anda perlu sentiasa bersedia untuk menerima kehadiran bakal pembeli. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan ejen hartanah atau perunding hartanah, mereka akan menguruskan temu janji bersama anda untuk pembeli melihat rumah. Step di atas bersangkut paut dengan step ini. Anda perlu pastikan rumah anda dari luar dan dalam sentiasa bersih dan kemas. Paling penting adalah bahagian depan rumah kerana ia merupakan first impression bagi mereka yang excited memiliki rumah tersebut.

 

STEP 5: LETTER OF OFFER

Setelah pembeli berminat untuk membeli rumah anda, pembeli haruslah menandatangani Letter of Offer bagi mengelakkan pembeli menarik diri dari urusan jual beli, serta mengelakkan penjual untuk menjual pada pembeli yang lain.

Pembeli harus membayar bayaran awal atau earnest deposit kepada ejen hartanah atau peguam sebanyak 3% daripada harga rumah. Earnest deposit ini diperlukan agar pembeli dapat memberikan komitmen sepanjang proses jual beli.

 

STEP 6: SALES & PURCHASED AGREEMENT (SPA)

STEP 6: SALES & PURCHASED AGREEMENT (SPA)

Apakah fungsi SPA dalam urusan jual beli? Ia berfungsi sebagai satu kontrak yang menyatakan adanya berlaku jual beli antara penjual dan pembeli yang sah dari segi undang-undang. Pembeli haruslah memahami setiap syarat yang telah dipersetujui bersama.

Setelah telah mencapai persetujuan bersama dan menandatangani kontrak ini, pembeli wajib membayar baki deposit daripada harga jualan sebanyak 7% dalam tempoh 14 hari. Manakala penjual selalunya akan mendapat 90% lagi bayaran bermula dari tarikh SPA ditandatangani dan dimatikan setem.

 

STEP 7: CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (CKHT)

Untuk pengetahuan anda, penjual akan dikenakan CKHT sekiranya rumah tersebut di bawah tempoh 5 tahun daripada tarikh pembelian. Cukai ini dikenakan sekiranya terdapat keuntungan dari jualan rumah tersebut. Sekiranya tiada, penjual tidak perlu membayar apa-apa.

 

Jadi itulah dia langkah penting dan cara jual rumah di Johor. Di harap artikel ini dapat membantu anda yang sedang buntu dan tidak tahu cara jual rumah yang betul.

 

 

Join The Discussion

Compare listings

Compare