Prosedur Jual Rumah Di Johor

  • by perundinghartanahjohor
  • 12 months ago
  • 1

Sebenarnya nak jual rumah di johor ke atau mana-mana dalam Malaysia prosedurnya sama sahaja. Bila nak jual rumah, kita terasa ia sangat memeningkan, sedangkan tak lah sesusah mana. Hari ini jika anda tinggal di Johor, mari kita lihat prosedur jual rumah di Johor dan juga di serata Malaysia.

1) Lantik Ejen Hartanah Berdaftar

Ini amat di galakkan kerana kerja dan urusan anda akan selamat dan dipermudahkan. Ejen Hartanah akan membantu anda dari awal sehingga akhir. Dari memberi nasihat tentang harga yang baik untuk dipasarkan, kemudian ejen hartanah akan memasarkan hartanah anda di platform yang pelbagai dan akan menguruskan urusan rundingan harga.

2) Tahu Harga Pasaran Dan Tetapkan Harga Nak Di Jual

Amat penting untuk tahu harga jualan supaya tidak jual terlalu tinggi dari harga pasaran dan terlalu rendah hingga merugikan anda.

3) Pembeli membayar booking fee.

Pembeli kemudiannya membayar 3% dari harga rumah sebagai earnest deposit. Yang ini penting : ejen hartanah dan pemilik tidak boleh ambil duit deposit secara cash. Duit deposit tersebut mestilah di masukkan ke client’s account dan pembeli serta penjual mestilah menandatangani Offer To Purchase form. Ini bertujuan melindungi kedua-dua belah pihak.

4) Permohonan Pinjaman

Kemudian, ejen hartanah akan membantu pembeli untuk memohon pembiayaan. Kebiasaan proses ini memakan masa seminggu ke sebulan bergantung kepada kes tersebut.

5) Sale and Purchase Agreement (SPA or S&P).

Selepas proses pinjaman tersebut selesai, kes dihantar kepada peguam. Di sini peguam akan merangka Sales and Purchase agreement iaitu perjanjian jual beli. SPA ini akan di tanda tangani oleh kedua belah pihak disaksikan di hadapan peguam.

6) Pembayaran full amount.

Yang ini akan di uruskan oleh bank dan peguam di mana, bank pembeli akan membayar full amount kepada peguam penjual setelah ditolak baki pinjaman yang ada.

6) Pertukaran nama 

Kemudiannya peguam akan menguruskan penukaran nama dari penjual kepada pemilik yang baru.

8) Vacant Posession.

Setelah selesai, proses akhir adalah vacant possession di mana penjual diberi masa untuk mengosongkan rumah dan memberi kan kunci rumah kepada pembeli. Setelah itu urusan nya selesai.

 

Dalam banyak masa, urusan itu dimudahkan dengan ada nya ejen hartanah dan peguam. Ejen Hartanah akan membantu dari awal proses penjualan hinggalah penjual dan pembeli menandatangani SPA. Selepas itu urusan jual beli akan diuruskan oleh peguam di mana peguam akan membantu untuk proses penukaran nama hingga selesai.

Amatlah penting untuk kita ambil tahu tentang proses ini. Dan amat disarankan untuk mengambil khidmat ejen hartanah berdaftar serta peguam yang dipercayai. Anda juga dinasihatkan supaya kerap bertanya tentang status rumah anda secara mingguan supaya kes anda selesai segera. Kalau nak tahu lebih lanjut cara beli rumah di johor boleh lah klik sini.

Join The Discussion

Compare listings

Compare