Perbezaan Ejen Dengan Broker Hartanah Di Johor

  • by perundinghartanahjohor
  • 12 months ago
  • 1

Biasa dengar tentang ejen hartanah kan? Dan biasa juga dengan tentang broker hartanah. Tapi mana satu yang betul sebenarnya? Ada beza kah? Terutama  di Johor ni, banyak ejen dan banyak juga broker. Jadi yang mana satu? Hari ini kita mahu terangkan apakah perbezaan ejen dengan broker hartanah di Johor ni.

Jual Beli Hartanah di Johor dan semua negeri dalam Malaysia

Di Malaysia, hanya beberapa pihak sahaja yang dibenarkan untuk terlibat dalam urusan jual beli hartanah. Pihak yang paling utama sekali adalah tuan punya tanah. Pemilik tanah/hartanah boleh menjual hartanah mereka sendiri jika tiada sekatan (caveat).

Yang kedua adalah Power of Attorney.  Power of Attorney adalah kebenaran yang diberikan oleh pemilik kepada seseorang individu untuk mewakilinya dalam urusan transaksi hartanah. Ini bermaksud ada surat yang disahkan dan disaksikan, untuk membolehkan seseorang individu mewakili pemilik untuk urusan jual beli. Biasanya urusan ini berjalan bila harta tanah mempunyai ramai waris, maka waris-waris ini melantik seorang dari mereka untuk menjadi wakil.

Yang ketiga adalah Ejen Hartanah Berdaftar. Ini adalah praktis kebiasaan. Perunding Hartanah Berdaftar adalah mereka yang diberikan kebenaran oleh kerajaan untuk menjalan kan urusan jual beli hartanah sebagai ejen kepada pemilik/pembeli. Ejen Hartanah dan Perunding Hartanah nya berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah.

Jadi apakah perbezaan ejen dan ejen hartanah?

Siapa Itu Ejen / Perunding Hartanah

 

Ejen Hartanah adalah individu yang bertauliah dan berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH). LPPEH ini adalah sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Kewangan yang mengawal selia industri hartanah termasuklah ejensi hartanah.

Perunding Hartanah pula atau ayat biasa kita guna adalah “ejen” merupakan individu yang berkhidmat dengan Ejen Hartanah untuk menjalankan proses dan transaksi jual beli hartanah.

Menurut peraturan, ejen hartanah hanya boleh caj 3% sahaja dari nilai hartanah. Jika hartanah itu bernilai RM200,000, maka bayaran kepada ejen hanyalah RM6000 sahaja!!

Siapa Itu Broker?

Broker hartanah adalah individu tidak berdaftar yang menjalan kan urusan jual beli rumah. Apa yang broker lakukan adalah salah di sisi undang-undang dan sebenarnya mendatangkan risiko kepada pemilik.

Apa yang di lakukan adalah jika pemilik mahu RM200,000 sahaja nilai hartatanah nya itu, maka broker akan jualkan pada harga mark up iaitu RM230,000-250,000. Lebihan dari RM200,000 itu iaitu sejumlah RM 30,000 ke RM50,000!

Adakah Broker Ini Sah?

Mengikut undang-undang, broker adalah tidak sah di sisi undang-undang Malaysia. Terdapat lebih 50 kes penipuan hartanah yang bernilai puluhan juta ringgit setiap tahun akibat dari penggunaan broker.

Seperti saya nyatakan di atas, ejen tertakluk pada undang-undang dan cuma boleh caj pemilik 3% sahaja dari nilai hartanah sedangkan broker tidak mengikut undang-undang tersebut. Ejen juga tidak boleh mengambil duit booking terus dari pembeli tetapi pembeli mesti membayar kepada clients account dan semua ada hitam putih sedangkan broker tidak mengikut peraturan tersebut. Maka pembeli dan penjual boleh menghadapi risiko yang duit itu dikebas dan di bawa lari.

Bagaimana Untuk Check Jika Ejen/Perunding Hartanah Itu Sah?

 

Cara paling mudah adalah dengan minta REN tag ejen tersebut. REN tag ini adalah pengenalan kepada ejen hartanah. Di bawah adalah contoh REN tag untuk anda periksa.

Gunalah Ejen Hartanah Berdaftar

 

Ini nasihat ikhlas. Kami menyaksikan banyak kes-kes penipuan melalui broker. Ada yang ditipu di ambil deposit berpuluh ribu dan kemudian broker tersebut lari tanpa di kesan. Ada pula rumah nya di kaveat oleh broker sehingga tak boleh dijual langsung sehinggalah kaveat itu di tarik balik atau dibatalkan dan ada pula pemilik yang di ugut oleh broker.

Sekali termasuk perangkap, terus merana. Sebenarnya jual beli hartanah ini sangat menyenangkan jika anda melantik orang yang betul. Maka lantiklah perunding hartanah berdaftar seperti mana yang tertakluk dalam undang-undang.

Join The Discussion

Compare listings

Compare