Cara Pembelian Rumah Pertama

  • by perundinghartanahjohor
  • 12 months ago
  • 1
jual, beli, rumah, skim, rumah, pertamaku,

 

Bagi mereka yang pertama kali nak beli rumah, sudah semestinya masih kabur tentang cara sebenar pembelian rumah pertama mereka. Maklumlah, bukan selalu orang beli rumah, mungkin sekali sahaja dalam seumur hidup bagi orang biasa. Oleh kerana kurang pengalaman, maka kebanyakan orang kurang arif dalam proses pembelian rumah yang sebenar.

 

  1. MEMBUAT PERSEDIAAN AWAL

Ini amat penting. Kebanyakan masalah pembeli adalah tidak membuat persediaan awal. Persediaan yang wajib ada semestinya adalah persediaan kewangan. Untuk pembelian hartanah subsale (rumah second hand), perlu sediakan 15% dari harga rumah yang kita nak beli. Kenapa 15% adalah disebabkan 10% digunakan untuk deposit dan baki 5% untuk kos lain-lain.

Tetapi jangan risau, sebenarnya ada cara. Antara nya adalah menggunakan simpanan KWSP untuk membeli rumah.

  

  1. BAJET & TARGET AREA KAWASAN YANG INGIN DIBELI

Di mana anda nak beli? Kena tahu dulu. Jika untuk tinggal sendiri, cari lah yang dekat dengan tempat kerja atau ada akses yang agak mudah. Tidak kisah sama ada di Kulai, Kota Tinggi, Skudai, Pasir Gudang mahupun mana daerah lain di Johor, kaji dulu harga pasaran.

Cara mudah adalah dengan melayari brickz.my untuk melihat harga sesuatu hartanah dalam taman tersebut. Atau buka sahaja mudah.my untuk mellihat harga jualan kawasan itu.

 

  1. MENGGUNAKAN KHIDMAT AGEN / PERUNDING HARTANAH BERDAFTAR

Anda dinasihatkan menggunakan khidmat Perunding Hartanah Berdaftar. Ini kerana mereka akan membantu anda dari awal sampai akhir & juga membantu anda untuk menganalisa hartanah tersebut sama ada berbaloi dibeli atau tak. Selain itu, agen juga akan membantu memudahkan proses permohonan pinjaman bank dan juga urusan guaman dalam proses jual beli.

  

  1. VIEWING & RUNDINGAN HARGA.

Jika dah berminat dengan rumah tersebut, datang lah untuk sesi viewing. Tengok jika ada kebocoran di dinding dan kerosakan lain. Tengok juga kawasan tersebut sama ada elok atau tidak dan dekat atau tidak dengan tempat kerja.

 

  1. MEMBUAT BAYARAN BOOKING (EARNES DEPOSIT)

Jika dah suka, letakkan duit booking sebanyak 3% dari harga rumah. Duit booking ini perlu di masukkan ke dalam clients account agent dan jangan di bayar cash pada agent atau owner. Amat berisiko jika bayar cash kerana duit anda boleh burn bila-bila masa sahaja. Pastikan anda menerima bukti bayaran yang dibuat & paling penting sekali apabila anda berurusan dengan agen, pastikan urusan persetujuan pembelian rumah menggunakan borang “Offer To Purchased”.

 

  1. MEMBUAT PERMOHONAN PINJAMAN BANK

Setelah selesai sign Offer To Purchase form dan juga bayaran booking, ejen akan membantu anda untuk memohon pinjaman. Ketika ini sediakan segala maklumat diperlukan seperti slip gaji, IC, pengesahan jawatan dan lain-lain.

 

  1. MENANDATANGANI PERJANJIAN JUAL BELI (SPA)

Dalam tempoh 2 minggu anda akan dipanggil pula untuk tandatangan Sales And Purchase Agreement. Perjanjian Jual Beli ini akan ditandantangani oleh anda dan penjual di hadapan peguam. Waktu ini baki deposit 7% akan di bayar.

Selepas menanda tangan SPA, peguam akan membantu untuk pengurusan pemindahan nama dan pembayaran baki. Peguam akan menelefon anda untuk transaksi tersebut tetapi dalam kebanyakan hal, ia nya akan diuruskan oleh peguam. Kebiasaannya akan mengambil masa 4-8 bulan hingga pertukaran nama dari penjual kepada nama anda.

Disini kami amat galakkan supaya anda menggunakan khidmat ejen hartanah berdaftar di Johor untuk membantu anda dalam proses pembelian rumah pertama anda supaya proses pembelian rumah ada dilakukan dengan selamat & tidak terdedah kepada risiko-risiko penipuan.

 

Join The Discussion

Compare listings

Compare